Review: Product Makanan Diet Eat&Slim, Eat More Lose More


Assalamualaikum semua. Hari ini Yura nak review product Eat&Slim. Pelik tak dah lah eat, lepas tu slim. Kau hado haha. Hah jangan pelik sebab produk keluaran Eat&Slim ni,bertemakan Eat More Lose More. Makan lagi, berat makin hilang. Eh..eh...biar betul?! Membantu penurunan berat badan sebanyak 5 ke 10 kg dalam masa sebulan!


Semalam contact esoknya terus dapat. Terbaiklah servis Eat&Slim! Hah parcel terbaik besar gila. Buat Yura rasa nak menangis dapat parcel besar macam ni. Tak sabar nak tengok isinya. Macam manalah rupa makanan yg dapat buat Yura kurus ni. 

Sedikit info mengenai produk Eat&Slim :
Produk ini sangat sihat kerana bahan yang dipakai nya adalah

❌ tiada gula
❌ tiada tepung
❌ tiada kanji
❌ tiada bijirin
🎗 rendah karbohidrat
🎗 rendah kalori

Yura dapat 3 jenis product Eat&Slim. Sedap ke makanan dia yang sampai boleh turun berat badan ni?Mari kita tengok satu-satu. 


Tudiaa orang kedah kata. Bau pedas-pedas gitu lepas buka parcel. Cha-Cha Sauce gais! Pedas memang kegemaran Yura. Tapi apa beza dengan sos-sos biasa dipasaran. Sos ini Low Carb , rendah karbohidrat. 

Hah kalau nak tau punca berat tak turun-turun tu sebab makan banyak sangat product tinggi karbohidrat. Lagi satu FREE SUGAR,Grain & Gluten. Ni antara musuh-musuh lemak kita tau. Macam mana nak makan sos ni? Ok nanti Yura kongsikan resepi untuk Next Post!


Produk seterusnya ialah Fluffy Bun. Yura rasa bahulu pun kalah. Dia punya fluffy tu memang tahap cushion empuk. Ya Allah tak sanggup nak makan dibuatnya. Bau dia wangi lemak-lemak macam tu. Memang menggugat jiwa. 


Kalau nak tahu fluffy bun ni boleh guna untuk buat roti burger tau. Ya Allah serious tak leh move on dengan kelembutan kegebuan roti ni. Again, rendah karbo , no sugar , grain and gluten. Eh mudahnya nak diet dengan Eat&Slim ni!


Bun-Bun, comel betul nama dia secomel bentuknya. Sekali pandang nampak macam roti biasa. Macam roti ala-ala KFC dapat free dalm satu set tu. Tapi yang ni banyak gila satu bekas. Eh korang rasa, rasa dia macam mana?


Nampak macam roti burger kan dengan taburan sesame seeds dekat atas. Sekali rasa, peh! Ni Yura jujur, sedap giler! Rupanya ada rasa black paper kat situ. Bila Yura tengok ingredient, tak da langsung tepung kawan-kawan semua. Memang kalau korang makan, takkan rasa tercekik. Ini bukan macam wheatmeal bread yang jual kat kedai tu tau. Ini heaven nama dia. Sedap!!


Last one! Tortillas. Sebut je tortilla, siapa je tak kenal kan. Alah-alah roti wrap tu. Yang ini Yura tak rasa lagi. Tapi memang looking foward lah sebab yang lain tu semua sedap-sedap. Ok dah rasa nanti Yura update. Ingat nak buat ala-ala shawarma gitu. Guna cha-cha sauce, sure total calories rendah compare dengan normal shawarma!


Mungkin ada yang dekat sini dah mula rasa happy gila sebab finally dapat juga jumpa product organic macam ni lepas tu yang paling penting keluaran Muslim! Mestilah bersih dan halal! Delivery lagi tu ke pintu rumah. Ok kalau nak tengok detail ada apa je lagi product Eat&Slim ni keluarkan, boleh pergi ke official website diorang kat sini!


Atau anda boleh terus tengok update dan info-info best terus ke instagram Eat&Slim. Boleh follow diorang punya explanantion mengenai info diet. Nak tanya terus pun boleh terus whatsapp dekat sini.
Ok sekian sahaja review panjang dari Yura. Kalau korang memang nak diet, Yura tau korang akan baca sampai habis. Sekian sahaja wassalam!

p/s: Yura masih buka lagi review percuma! Dapat free gambar tanpa kredit. Baca detail kat sini

9 comments

  1. Replies
    1. Kann. Rasalah, seriously sedap 😋

      Delete
  2. Kat rumah yura mesti banyak daun pandan 😝

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Haha, Yura rasa seronok juga dapat bekerjasama dengan healthy food macam ni hihi

      Delete
  4. Yg penting produk Muslim, suka2x

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2. Support orang Muslim gitew

      Delete
  5. Assalamualaikum. Tahniah kerana anda terpilih sebagai salah seorang pemenang Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals!
    Untuk keterangan lanjut dan cara untuk menuntut hadiah anda, sila klik pautan di bawah ini. Terima kasih dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1438H. Maaf Zahir dan Batin.

    http://www.zukidin.com/2017/06/keputusan-duit-raya-giveaway-by-abam.html

    ReplyDelete

Awak mehla komen? satu komen pun jadilah :')