Review : Mary Kay NouriShine Plus LipGloss


Assalamualaikum semua. Alhamdulillah kelmarin barang Mary Kay yang Yura order dari Kak Ayu dah sampai. Memang terbaik servis Kak Ayu. Siapa yang nak tengok produk Kak Ayu boleh lawat blog Kak Ayu dan follow untuk update produk keluaran terbaru Mary Kay.

Ok sekarang Yura nak review Mary Kay NouriShine Plus LipGloss. Yura dapat PERCUMA lipgloss ni dengan pembelian 2 Matte Lipstick Mary Kay yang baru launch pada 1 Ogos yang lalu. Nanti Yura review yang Matte Lipstick tu.


Inilah dia kalau tengok dari dekat Mary Kay punya lipgloss. Comel je. Warna yang Yura dapat ni PINK LUSTER. Warna sedikit berbeza dari gambar sebab faktor cahaya. Warna dia ala-ala pink gelap yang sesuai untuk semua jenis kulit.

Yura cuba pakai lipgloss ni bila keluar dari rumah. Memang terbaik sebab :

  • Tak kering langsung . Rasa macam bibir ni sentiasa moist yelah nama lagi lipgloss kan. Yura lap dengan tisu untuk makan, still rasa bibir masih lembap. Sesuai lah untuk mereka yang bibir selalu kering.
  • Warna tak cepat hilang. Selalunya kalau lipgloss ni memang mudah hilang warnanya disebabkan strukturnya yang begitu moist. So far, Yura pakai yang ini even dah lap pun still ada je warna dia.

  • Ada glitter. Haha ini bonus! Bibir akan jadi blink-blink dia bawah cahaya lampu. Tapi tidak lah blink yang sangat ketara. Nice to see lah. Boleh zoom gambar kat atas ada glitter.
  • Bau coconut! Wangi tau bau coconut,rasa nak makan je. Tiada bau atau rasa bahan kimia.
  • Berus yang unik. Uniknya sebab berus dia bukan yang jenis berus lipstick biasa tu. Kalau berus yang ini Yura pun tak tau nak panggil apa. Tapi best la pakai dia, sebab tak mudah comot sesuai untuk beginner macam Yura ni.

Ok Yura belanja gambar Yura lepas pakai lipgloss ni. Nampak glossy nya. Untuk muka, Yura apply foundation Mary Kay lepas tu tambah-tambah sikit bedak compact Garnier. Jadilah seperti di bawah. 


OK sekian sahaja review dari Yura. Yura review ni bukan dibayar. Memang berdasarkan pengalaman Yura. Btw,sekarang Yura buka review PERCUMA.Untuk review percuma boleh tengok entri ini. Wassalamualaikum.

2 comments

  1. wahhh nice. cantik la color lipgloss nie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Sesuai untuk muka yang cerah2 macam awak ;)

      Delete

Awak mehla komen? satu komen pun jadilah :')