# 2 Giveaway Chocolate + Pencarian Bloglist


Giveway lagi! Giveway yang berbeza Yura join kali ini kerana hadiah yang ditawarkan adalah kegemaran Yura sejak azali lagi. Ya! Ianya chocolate. Bukan chocolate biasa tetapi chocolate berjenama Fin Carré.

Jujurnya, Yura pun belum pernah mencuba lagi chocolate jenama ini tapi yang pasti seperti apa yang dikatakan penganjur :

...and saya nak kasi chocolate feveret saya dekat sini. Fevret gila mesti ada ja sentiasa dalam beg. Saja nak share kesedapan chocolate ni ngan korg.

Bunyinya macam SEDAP bukan? Jika ada rezeki dapat lah Yura rasa. Jika anda nak cuba bolehlah klik banner ye kita join sama-sama ! ^.^
Bagi memenuhi syarat penyertaan, Yura kongsikan quote kegemaran Yura!



Ya inilah quote kegemaran Yura. Bagi Yura quote terbaik pastinya adalah ayat Al-Quran kerana ianya kata-kata dari pencipta kita yang lebih tahu lebih dari apa yang kita tahu. Allah, sang Pencipta makhluk dari zaman Nabi Adam a.s lagi ,berbagai jenis ujian yang Allah pernah beri kepada setiap makhluknya. Namun Allah memberikan ayat ini supaya manusia sedar akan setiap ujian yang Allah beri itu, Allah tidak akan beri ujian diluar keupayaan kita.

Ayat ini jugalah yang selalu Yura dengar dari cikgu-cikgu , kawan-kawan tatkala Yura rasa down,sedih,frust dan macam-macam lagi. Barulah Yura sedar ianya adalah ayat dari AL-Quran. Allah itu sangat menyayangi hambaNya. Dengan ayat ini, sudah cukup untuk membuktikan yang Allah itu MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.

Akhir kata, ayat ini juga yang memberi Yura semangat saat ibu Yura sakit dahulu. Yura pegang pada ayat ini dan akan selamanya Yura ingat. Walaupun tak mampu nak hafal satu Al-Baqarah , dapat ingat ayat ini sahaja pun jadilah.

Sekian sahaja dari Yura :')

12 comments

  1. di tag http://belogs.blogspot.my/2016/08/pencarian-bloglist-untuk-blog.html

    ReplyDelete
  2. Salam yura. Terima kasih join. Cantik blog! Salam perkenalan ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam sis. Sama2 !!! Salam kenal jugak 😘

      Delete
  3. Salam,

    melawat dari giveaway yang sama.Good luck !

    ReplyDelete
  4. Singgah sini..
    http://kasihkuamani.blogspot.my/2016/08/2-giveaway-chocolate-pencarian-bloglist.html

    ReplyDelete
  5. jalan2 di sini....
    http://kylifa.blogspot.my/

    ReplyDelete
  6. Tahniah Yura !
    awak menang !
    Quote yang menyentuh perasaan mmg semua dari Al-Quran ;)

    ReplyDelete
  7. Tahniah.
    Dari segmen yang sama. Jom singgah dan follow. :)

    ReplyDelete

Awak mehla komen? satu komen pun jadilah :')