ToolTip : Cara Buang Short Cut Virus dan Hidden File Dalam Pendrive




Assalamualaikum semua. Hari ni Yura nak bagi sikit tool tips and tutorial cara untuk menghadapi shortcut virus yang berlaku dalam pendrive. Yura baru menghadapi masalah ini minggu lepas. Rasa panic sangat sebab Yura perlu submit video presentation tiba-tiba hilang dari radar!


Apa yang terjadi? Bila Yura cuba buka file di dalam pendrive. File itu tak dapat di buka! Rasa sedih dan takut memenuhi jiwa. Salah satu benda yang Yura belajar, always buat backup ! Yura tak sempat nak buat back up sebab video itu perlu di-present esok dan Yura memang tak sempat nak buat back up.

Ok , Yura sempat contact sahabat-sahabat wanita Yura yang berjiwa IT. Kebanyakan suruh Google dan buka YouTube . Tapi ada seorang sahabat Yura ni , seorang yang mempunyai passion dalam IT. Kekecewaan bagi dririnya jikaYura  GAGAL mendapatkan balik video Yura itu. Terima kasih Faam  dan USB Fix! Faam ajar Yura sampai berjaya dapatkan balik video tersebut. *terharu*

Jadi pada hari ini Yura nak ajar anda semua pula supaya anda tidak menggelabah seperti Yura di kemudian hari.

  • Buka laman web : ini
  • Kemudian scroll ke bawah. Jika terdapat Pop-out , just click X
  • Scroll sampai anda ternampak button warna maroon , boleh tengok gambar


  • Kemudian anda akan di bawa ke tab baru. Dan click seperti Yura tunjukkan dalam gambar




  • Selepas berjaya download, tekan untuk RUN program tersebut. Akan keluar satu pop-out
                             
  • Click accept dan windows program akan terbuka. Terus click CLEAN
  • Apa yang akan berlaku seterusnya, desktop anda akan blink beberapa kali sebab program tersebut sedang cuba untuk menghentikan semua running program dan menangkap virus-virus jahat yang terdapat dalam laptop anda.
  • Sekarang laptop telah pun bebas dari sebarang masalah. Anda boleh buka file pendrive anda dan tarraaaa! Tiada lagi short cut dan file-file tersembunyi telah pun wujud kembali.
  • USB Fix akan menghasilkan report dalam bentuk notepad dan anda boleh baca jika anda rajin.
  • Sekarang anda boleh eject pendrive anda dengan penuh kesyukuran
P/s : Di sebabkan ianya percuma , anda perlu sentiasa update kan USB Fix, Virus juga up-to-date tau. Jadi rajin-rajinlah update. Jika terdapat masalah untuk install , seperti di-block, anad perlu unable antivirus atau security program yang memblock USB Fix.
 
Jika anda pernah mengalami masalah seperti ini, Yura doakan semoga anda dapat kembali file anda. Syukran!

3 comments

  1. halo, saya dari Indonesia. Jika saya boleh bertanya, kamu mengedit foto-foto yang ada di blog kamu ini pakai aplikasi apa? Efek yang sering dipakai efek apa? Oh ya, kindly please visit my blog http://www.gaidhannisa.com , Terimakasih, salam kenal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Gaidha. Termin kasch untuk komennya. InsyaAllah jika diberi peluang, Yura akan kongsikan applikasi yang Yura guna. Ur blog is so nice :D

      Delete
  2. Oke.. ditunggu secepatnya ya Syifha. Bolehkah kita berteman di Instagram? Instagramku @gaidhannisa , follow back ya :)

    ReplyDelete

Awak mehla komen? satu komen pun jadilah :')